Tuesday, December 1, 2009

Ayah Dan Ibu...


Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia!


Sudah 2 minggu ibu dan bapaku berada di mekah untuk melaksanakan rukun islam yang ke lima iaitu menunaikan haji di Mekah, aku berasa kesepian tanpa mereka namun begitu mereka akan kembali ke Malaysia pada hari Jumaat ini iaitu 4 December 2009.. Walaupun begitu, rasanya baru semalam mereka pergi kerana waktu berjalan dengan sangat pantas. Semoga mereka selamat dan mendapat haji mabrur, insyaallah!




Sekian sahaja untuk kali ini, wassalam...

Saturday, October 10, 2009

Keberangkatan ibu saudaraku ke Sydney,Australia


Salam 1 Malaysia...

Hari ini ibu saudaraku telah pergi ke Sydney,Australia kerana telah dinaikkan pangkat dan perlu bekerja di sana selama 2 tahun.Saya sekeluarga berasa bangga bercampur sedih di atas pemergiannya ke Australia.Saya berasa sungguh sedih kerana harus berpisah dengannya selama 2 tahun.Walaubagaimanapun,saya tetap akan berdoa untuknya supaya dia akan terus berjaya...


Sekian sahaja...

Friday, October 9, 2009

Hari Persekolahan untuk kelas 1A-1E...


Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia...
Hari ini di sekolah hanya beberapa org sahaja yang hadir di dalam kelas saya.Akmal(KP)perlu membuat rondaan secara perseorangan kerana tiada Ajk pengawas lain yang hadir.Saya membuat tugas seperti biasa.Hari ini suasana sangat senyap di sekolah kerana ada ujian latih tubi. Masa yang yg diberi sangat suntuk menyebabkan saya perlu menghantam beberapa soalan.

Hanya setakat ini sahaja, Wassalam